Dah lama nak letak lagu nie as background music tapi... ada sorang kawan saya ni busy dengan tugas harian + menternak burung nuri, tertangguh jer, ntah2 dah lupa ( u know who u re... ^__^ )
Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake You feel you can`t repent And that its way too late Your`re so confused,wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way Insya Allah3x Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah He`s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don`t let me go astray You`re the only one that showed me the way, Showed me the way 2x Insya Allah3x Insya Allah we`ll find the way
Ini tidak termasuk adik saya yang telah bekeluarga , mereka memilih warna kelabu...
Malam Raya takbir dari rumah ke rumah dan rombongan takbir sampai ke rumah saya pada Jam 11.30mlm... hampir jam 1 pagi baru saya lelapkan mata.
Pagi syawal, selepas solat aidilfitri di surau al-hadi, kami sekeluarga bergerak pulang ke Tanjung Ipoh , Kuala Pilah... perjalanan memakan masa 1 1/2 jam... Kereta banyak...
Insan baru di family kami....
Selepas zuhor, dalam jam 4 ptg kami pulang ke Labu, Seremban pula...
Masa d habiskan dengan agenda makan2 dan borak2...
Selepas maghrib, bergegas pulang ke Seremban kerana mengejar masa untuk menonton Nur Kasih the Movie jam 9 mlm...
Raya ke-dua, sudah menjadi tradisi kami melawat nenek saudara (makcik ayah) di Batu Caves dan juga mak long ( kakak ipar ibu) di Gombak... Seharian masa di habiskan di dua buah rumah ini dan kami melawat Pertama Complex pada tahun ini, semata2 menunaikan hasrat si adik kecil yang ingin membeli beg kayu hoki...
Muka di paksa bergambar oleh Maklong nyer
Kepenatan setelah perut kekenyangan :- fokus pada gambar sikecil... bukan tuan blog yer..
Raya ke -tiga, adalah masa untuk merehatkan badan sambil melayan movie di TV, malangnya tiada cerita yang menarik memaksa saya melanggan Astro First - "Tolong, Awek aku pontianak".
Tiap2 pagi sebelum pergi kerja , saya akan pastikan cermin kekasih saya suci dari segala
kotoran ( daun atau habuk) setelah semalaman ianya berembun mahupun berjemuran...
Selalunya, jadi malas bila memikirkan keadaan paip rumah yang penuh dengan pasir di bawah paipnya...( Rujuk gambarajah yer untuk jelas), setiap kali saya buka pili paip dan air akan memercik di kaki seluar saya... menyebabkan rasa ketidakselesaan melanda.
Setelah di perkenankan lah penyimpan mohor besar di rumah ini, maka saya pun mulakan lah kerja buruh kasar selama hampir dua jam. Maklum lah tiada pengalaman, testing atap genting oklah.... tapi kalau yang ini, saya main agak2 jer campuran simen dan pasir serta airnya....
Hasilnya:- tiada lagi ketidakselesaan di kaki pada waktu pagi...
kini saya mampu tersenyum bila menaiki kekasih saya yang juga telah suci cerminnya..
Kali ini, bagi saya bulan ramadhan di sambut dengan berbagai perasaan...
Mengharapkan Ramadhan kali ini akan lebih sempurna ibadahnya dari tahun yang terdahulu...
Syahdu semasa kenduri tahlil pada malam Sabtu yang lalu bila terkenangkan Arwah Mak Long dan Atok Uda saya yang telah di jemput oleh -NYA. Ternyata terasa sungguh kehilangannya kerana saya begitu rapat dengan mereka.
Semoga dengan segala amalan yang dilakukan , pahalanya dapat di sedekahkan pada insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah. (Wan Soyah, Atuk Brahim,Pak long Sahak,Atuk Uda dan Mak Long Zizah)
Yang pergi tak akan kembali, tetapi syukur dengan kedatangan orang baru ke keluarga kami ( Anak buah dan Ipar)
Selamat Berpuasa dan sama2 lah kita mencari keberkatan di bulan yang mulia ini.
Ada seekor haiwan dalam gmbr nie, statik jer masa saya ambil gambar ni masa nak keluar dari kilang... Agaknya haiwan ni pun tunggu line clear nak lintas jalan kot...
Sempena syawal yang akan tiba, saya ada menjual dodol utk di hidang di pagi raya. Dodol asli resepi warisan Kg. Talang... 100% mengunakan gula enau @ gula melaka.
Berminat sila tinggalkan comment anda, sekian terima kasih.
Bersama ibu, semalam kami berdua telah melakukan senaman dengan membersih semak samun di dusun. Durian dah abis pun, yang tinggal hanya cempedak, rambutan dan manggis... malangnya bagi kami rambutan dan manggis nun tinggi di atas pokok.
Bawa tangga dari rumah berhajat nak balut cempedak, tetapi yang nak panjat nya berbadan ala2 BaD*K, hehehe so pandang jer la yer...
Siap bawak bekal nasi lemak lagi, kira aci la kan, dah buang kalori tambah kalori..
Lebih kurang 6 hari lagi 'dia' akan datang, hari ini hari terakhir Isnin pada Syaaban 1432 hijrah, semoga hidup di berkati Ilahi, amin.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Semoga hidup lebih diberkati dan di redhai oleh Allah S.W.T
Pengertian nisfu Syaaban
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Seronok rasanya dapat ke dusun, durian punya pasal TOLAK TEPI penat,
Balik kerja semalam saya dan adik saya ke dusun, jarak perjalanan adalah setengah jam dari rumah.Sampai dusun pun dah pukul 6.30ptg.. kami menjadi bahan santapan nyamuk2 yang ada di dusun...
Ingat lagi semasa kecil2, bila musim durian, arwah atuk akan bermalam di dusun, ada pondok kecil, dengan unggun api, saya akan menyusul pagi2 dengan wan saya, tolong kutip dan makan... tapi yang paling seronok bila dengar bunyi buah durian gugur, berlari dengan adik, sepupu atau makcik mencari dan siap buat game lagi siapa jumpa dulu or siapa dapat kutip paling banyak... tapi semua itu hanya kenangan.. Zaman buah durian masih banyak...
Rindu pada arwah atuk...
Kini, dusun telah di bersihkan oleh ayah saya, itu pun semalam kami hanya mencari durian yang ada di laluan yang ada sahaja, tak berani nak masuk dalam2 semak yang masih belum sempat di bersihkan oleh ayah..
Rambutan, manggis dan cempedak hanya tunggu masa nak masak jer.. ikut perkiraan sebelum puasa ni masak lah buah2 tue...langsat jer yang tak nampak putik nyer lagi...
Lain tahun jika sampai musim durian, saya terfikir nak minta cuti tanpa gaji... nak jaga dusun, bukan apa... tupai dah berkampung dulu tahun ni... Alhamdulillah.
Bagi sesetengah org bau nya busuk kan... tapi bagi saya... sungguh wangi...
Tadi di tempat kerja, sungguh tertekan bila mana sy terbau durian masa tengah berkerja, rasanya aunty cleaner nie yang beli jamu anak2 dia...(sebelah workstation sy adalah rumah pekerja),
Dan balik kerja, bila sampai rumah.. buka pintu kereta sahaja sudah terbau durian lagi...
Alhamdulillah, musim durian sudah sampai... itu pun ada satu pokok di dusun kg dah abis gugur buahnya (kes tiada siapa yang nak menjenguk dusun di kg)
Ini adalah separuh dari hasil yang di bawa oleh Ayah dan Ibu saya pada petang tadi (lagi separuh dah abis di makan)... nikmat makan tidak terkata kerana tidak perlu memikirkan betapa mahalnya buah nie tapi rasa tak seberapa...
Buah2 yang di bawa balik ada yg dah di makan haiwan dan hampir busuk , maybe yang elok2 dah ada insan lain punya rezeki... Kami halal kan siapa yang makan pun...
Sekarang nie tengah kepanasan, walhal makan dua biji kecil2 berdua dengan adik... lupa pulak nak minum dari ruas durian tadi...
aci tak kalau bukak lagi sebiji semata2 nak minum air dari ruasnya...
Semasa mula2 keluarga saya pindah ke sini ianya hutan belukar
Bermula pada 2 tahun lepas (sila klik utk ke kisah dahulu) hidup ini tidak aman pada siang hari... kerja2 pembinaan rancak dijalankan untuk membina 2 buah sekolah
(Menengah dan Rendah) bagi penduduk sekitar..
Perubahan untuk kesenangan anak bangsa yang akan datang... 2 buah sekolah ini dipisahkan oleh padang...
Dan pandangan apabila saya keluar melalui pintu dapur adalah seperti di bawah ini... Waktu gambar ini di ambil (ptg) kilang koko ini tengah mengeluarkan asap putih...
Tak pasti asap ini merbahaya atau tidak, dan apa yg saya harap,pihak terbabit mesti sudah mengambil tindakan semasa sendiri semasa pembinaan sekolah ini dalam perancangan.
P/s: (mami-sue: macam mana nak hilangkan underline di wording nie... wink..wink...wink)
Didn't I tell you everything is possible in this deja vu? Try the river boat, the carousel, feed the pigeons, Bar-B-Q. Look at all the people, happy faces all around. Smiling, throwing kisses, busy making lazy sounds
It's a bright June afternoon, it never gets dark. Wah-wah! Here comes the sun. Get your green, green tambourine, let's play in the park. Wah-wah! Here comes the sun
Some folks are on blankets, slowly daydreaming and reaching for their food. Let's go buy an ice-cream and a magazine with an attitude and put on a cassette, we can pretend that you're a star cos life's so very simple just like la-la-la
It's a bright June afternoon...
There's a painter painting his masterpiece. There are some squirrels jumping in the trees, There's a wide-eyed boy with a red balloon. All my life I've longed for this afternoon.
Peace Yo!!! Abaikan 10 saat di permulaan lagu, dimana aksi patung wogel telah disiarkan... I'm sorry...
Mak Long saya, (mak kepada sepupu saya) telah pergi untuk selama-lamanya pada awal pagi Ahad, 19th June 2011 yang lalu.
Hujung minggu yang paling pahit sepanjang hidup ini. Arwah menghidap kencing manis telah pergi pada usia 59 tahun meninggalkan Pak Long saya dan 6 anak , 3 menantu serta 6 orang cucu.
Kehilangan yang cukup besar bagi saya. Ikatan kekeluargaan yang terbina dari kecil disebabkan 3 orang anak arwah adalah kakak2 bagi saya yang sememang nya tiada kakak kandung.
Imbas kembali masa zaman sekolah rendah, di Rembau saya menghabiskan cuti sekolah, ke pasar pada hari ahad mencari siput sedut untuk dibeli dan di buat gulai dengan keladi.
Gulai perut dan tembusu bersama rebung adalah yang saya tunggu setiap kali hari raya atau majlis kenduri di rumahnya.
Dalam erti kata lain, perut saya telah dimanjakan dengan masakan2 kampung oleh arwah Mak Long. Keistimewaan Mak long yang memang sukar di cari pengganti kerana orangnya penyayang, caring dan lemah lembut
Semasa menaip catatan ini(dari ptg tadi hingga kini) rasa sebak , rindu dan pilu sentiasa menyelubungi.
Semoga roh nya berada di Golongan Kekasih Allah.
Sesungguhnya, daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.
Sudah menjadi kebiasaan ,apabila ada majlis kenduri kita menolong apa yang patut. ianya di panggil merewang. Pada 2 majlis kenduri sepupu2 saya yang lepas, saya boleh dikira terlibat dalam merewang ni. Untuk majlis Nora, tidak menggunakan khidmat catering, tetapi jiran2 dan org kg yg masak. Saya sekadar menolong, memipih lada api, tolong ke pasar membeli lauk pengantin dan menyediakan meja pengantin.
Berbeza dengan majlis Zakry, pada hari persandingan menggunakan khidmat catering tetapi pada malam sebelum majlis (malam berinai) , makcik saya memasak sendiri dengan pertolongan jiran2.
Saya mengupas kulit halia. Selepas abis halia saya kerjakan, cucuk kan bunga manggar di tempatnya, tiada betik di bandar nie, so pakai polisterin jer...
Sempat lagi tersengih sambil memotong ikan masin.... Kebetulan yang memasak nie semuanya perempuan, tiada lelaki. tengah syok2 potong ikan masin nie, makcik saya panggil minta tolong keluarkan periuk nasi yang besar , saya ingatkan itu jer, rupanya kena angkat beras 10kg pulak.. alih2, saya di minta membasuh dan memasak nasi dalam kuantiti yang banyak... keluar poluh sekejap.. tak pernah buat ok....
Semasa membasuh beras... Oklah 1st time masak nasi dalam quantiti banyak walaupun hasilnya sesuai untuk golongan tiada gigi dan yang mengemari nasi lembik.. hahahahahahaha....
Entry ini bukan untuk membangga diri hanya sekadar kenangan diri sendiri...
Aku punya hati, punya rasa, punya nyawa... jangan sesekali kau cemari ia dengan kata-kata dusta.
Blog ini hanya untuk tuan punya diri meluahkan rasa hati, bukan untuk perhatian sesiapa pun...