CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Tuesday, January 31, 2012

Suka makan.... nak dapat duit.... ada ke? ada....click je kat bawah nie

Food lovers? Share your food reviews and be rewarded at the same time by Openrice.com! #MakanNShare

Hisaf Day : 28th & 29th Jan 2011 - 1st time

Hj Idris & Soyah Aman Family (HISAF) Day...

telah diadakan buat pertama kali di Casa Rachado, PD...

tetapi jika ikut alamat.. ianya di Pantai Cermin, Daerah Alor Gajah Melaka...

Memang Enjoy....

Cerita bergambar akan menyusul kemudian...


Thursday, January 26, 2012

Cuti berehat sahaja

Memang Cuti CNY kali nie duk rumah saja....

Layan Game..... Layan Movie Indon ......

Hahaha..... 3 movie sekali layan..... GET MARRIED 1, 2, 3...




Jika ada yang perasan, saya dah berjaya memasukkan lagu di blog nie...

kalau tak nak dengar , sila tekan pause di bawah sekali yer....

....... malas lah pulak nak kerja esok setelah 5 hari cuti.......

Sunday, January 22, 2012

Cuti Lama

Blog tak update... kekeringan idea..

Cuti CNY until 26th January...

Duduk rumah layan movie ngan games jer....

Kalau ada pergi jalan2 baru lah ada idea nak blog yer...

Selamat Bercuti

Thursday, January 19, 2012

CNY Dinner = Add calories

Sempena CNY yang akan datang ni, dpt bonus maka telah di adakan seisi makan2 bagi kami pekerja yang berwibawa ini oleh bos, so let's the picture do the story:-







Antara yang hadir dan keadaan meja masih bersih dan kosong....



Meja sudah di penuhi dengan makanan:- Kangkung Belacan, Pegedil Udang, Tomyam Ketam, Ayam Goreng Pandan, Telur Dadar, Thai Green Curry, Siakap Steam, Kerabu Tauhu dan Kerang Bakar.


Jom Makan.....

Alhamdulillah, saya sudah selesai.... tetapi masih ada yang masih belum selesai...


Penghabiskan lauk2 yang ada semalam...


Licin sudah!!!


Group Photo minus sorang dah balik dulu

Balik rumah, perut ketat jer.... dush... minggu lepas diet... minggu ni makan je.... macam mana nak kurus...

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday II


Makan bila di belanja sungguh lain rasanya...

Perkongsian Ilmu

Sedikit ilmu yang saya ingin kongsikan , di ambil di FB.... Sudi-sudikan membaca....

Sebelum membaca, tataplah permata hati saya ini.... sungguh comel walau lasak untuk dijaga...


Perkongsian dari Ustaz Wan Ali Akbar.

Setiap perkara adalah didasari dengan niat. Dalam hadis, diceritakan bagaimana dua orang sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Seorang, dengan niat kerana Allah, manakala seorang lagi kerana wanita yang dicintainya. Maka, sahabat yang pertama mendapat kemanisan dalam keimanan, manakala yang kedua sekadar mendapat cinta dari wanita yang dicintainya. Mereka berdua mendapat apa yang diniatkan ketika hijrah mereka.


Niat dan perbuatan tidak boleh dipisahkan. Setiap perbuatan, pasti dimulai dengan niat. Ia membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang wajib dan yang sunat, antara sengaja atau tidak, serta menyalahi syariat Allah ataupun tidak.


Manusia tidak dapat melihat atau mengetahui niat seseorang. Yang diketahui, hanya lah apa yang zahir, itu lah perbuatan. Dalam hadis, diceritakan bagaimana Rasulullah saw menyebut, jika seorang pemuda dilihat sentiasa berulang-alik ke masjid, maka tidak ada keraguan pada keimanannya. Walhal, iman, hanya boleh dinilai oleh Allah swt. Namun, perbuatan ulang-alik ke masjid itu, dapat dilihat oleh manusia. Itu lah yang menjadi penilaian manusia. Kepada apa yang tersembunyi dalam hati mereka.


Dalam Islam, terdapat konsep Ihsan. Melakukan sesuatu seolah-olah kita melihat Allah swt. Jika kita tidak melihat Allah, maka ketahui lah bahawa Allah sentiasa melihat kita. Intipati Ihsan, adalah ikhlas.


Setiap perbuatan baik, perlu ada keikhlasan. Baru lah ia akan dinilai disisi Allah. Namun, ia, bukan sesuatu yang mudah dikawal. Ulama' menyebut, terdapat 3 peringkat ikhlas, iaitu; sebelum, semasa dan selepas. Contohnya bersedekah. Sebelum sedekah, manusia perlu ikhlas kepada Allah. Bahawa apa yang akan dibuat, betul-betul kerana Allah dan bukannya kerana niat yang lain. Semasa menghulurkan sedekah, juga perlu kepada keikhlasan. Bukan kerana ada yang melihat perbuatan tersebut. Yang lebih susah dikawal, adalah selepas sedekah. Dibimbangi, kita menceritakan kepada orang lain, kerana riya', membesar-besarkan diri dan lain-lain. Kerana tiada keikhlasan, maka segala amalan akan ditolak.
Na'uzubillah. Sia-sia segala amalan kita.


Namun, Allah swt Maha Pengampun dan Maha Mengerti kelemahan diri manusia. Segala perbuatan, walau ada sekelumit keikhlasan, ia tetap pasti akan dinilai di sisi Allah swt. Walaubagaimanapun, tetap menjadi tanggungjawab manusia sebagai hamba untuk mengawal diri, tangan, mulut, mata dan hati. Kerana semuanya akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak.

Wallahu'alam.

Sunday, January 15, 2012

Cactus McCoy 2

Jumaat malam yang lepas.... cari game yang best di miniclip.com

Langsung layan game Cactus McCoy 2 nie sampai pukul 3 pagi...

Dush.... saya dengan game memang tidak boleh di pisahkan....


Masih berusaha untuk menghabiskan semua challenge yang ada...

Watak saya adalah Cactus man, ada macam2 senjata, telur ayam,pedang,pistol,sickle,

snooker stick dan banyak lagi... yang mencabarnya nak cari harta karun dia..

setiap stage ade 5 treasure... memang mencabar...

ini lah aktiviti saya pada weekend nie selain dari melawat zarin semalam...

A life as a Baby

Semalam, lepas Zohor , melawat rakan baik yang baru lepas melahirkan baby girl pada 28hb Disember yang lalu, rumahnya hanya 2km jer dari rumah saya, atau 1km jer dari tempat kerja...
Tapi baru semalam ada tahap rajin sikit untuk pergi melawat..

Puteri Zarin Zafirah ,
Comel jer...
tidur tanpa pedulikan mak ngan makcik nyer ni berborak... berada di sini hingga pukul 4.30 ptg... habis sepetang cuti ku di PJ Perdana.

Indah nyer jadi seorang baby, tidur , minum susu, menangis untuk ambil perhatian, tidak pedulikan hal sekeliling...

Selamat hadir ke dunia Zarin....

Saturday, January 14, 2012

14th January 2012 - Rest

Sempena Hari Keputeraan Yamtuan Besar N.Sembilan....

Plan hanya duduk di rumah... layan movie and games...

Atau... masuk dapur? masak ape ye?

Dapat jugak merasa weekend for two days.

Friday, January 13, 2012

Happy Birthday Ayah - 12 Januari 2012

Genap ayah saya 60 tahun...

Semoga Sihat Sentiasa dan dpt menunaikan ibadat dengan sempurna...

Semoga di Murahkan Rezeki...

Sentiasa sejahtera di samping kami, adik beradik dan ibu tercinta.

Celebrate dengan masak nasi beriyani malam tadi...

uish.... 1st time masak.... sedap jugak!!!

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday

*Gambar di ambil semasa family pergi bercuti di Thailand.

Tuesday, January 10, 2012

Learning

Hari nie belajar benda baru nak buat kat blogspot nie...

TQ mami-sue...

testing

Sunday, January 8, 2012

Menuju ke selatan

Hari ni, saya pergi melawat adik perempuan saya yang sudah seminggu mendaftar di KEM PLKN Sri Ledang, Tangkak...

Nyaman je kat sini....tak terik sangat...mungkin kawasan hutan kan....



tengok je la photo atas nie, still ada kabus kat puncak ledang even time ni dah pukul 1.30 pm...

Kami Lunch di sini, makan KFC yang di tapau dari pekan Tangkak je kat sini....

Borak-borak, makan-makan, best je ...duk bawah pokok

Dapat juga saksikan Wira-wira yang baru pulang dari Gereja berkawad kat depan kami... Kat sini, yang lelaki di panggil wira, perempuan wirawati


Agaknya still 1st week, so ramai jugak parent2 yang datang tengok anak-anak masing2...


Semoga kak cik okey jer jalankan latihan kat sini....
time saya dulu tak de PLKN nie, dah lama tak involve dengan kem2 cam gini

anyway, Enjoy my weekend!!!

Saturday, January 7, 2012

Syarikat Telco

Saya adalah pengguna talian telephone yang berwarna kuning sejak setahun ini...

Yang membuatkan saya marah nie adalah, tiba-tiba saya dapat msg

"RM4.00: Funny Video-http://dl.dropnox.com/u/42340756/68011.3gp..blablablablablablablablabla....."

kenapa ko potong rm4 aku?

aku nie malas tau nak gie top up selalu...

rm4 tu seminggu boleh guna....

Menyusahkan jer....

Terpaksa redah Jem tengahari nie ke centre.

cish....cish...cish

Friday, January 6, 2012

0

Jauh.....

Kosong....

Buang.....

Call?

Sakit....

Pedih...

Sayang?

Yang tinggal hanya hati kosong yang peraya ada hikmah pada semua ini...

Thursday, January 5, 2012

COURT CASE

Tragedi Pada 31 Mei 2011, telah membawa saya ke Mahkamah Seksyen Seremban...

Sudah lah dia langgar kereta saya, tetapi disebabkan dia kecil (motosikal),
dia boleh tuntut insuran saya, leceh betul...

Saya baiki kreta pun dengan duit sendiri... dengan tujuan tak nak kacau insuran , biar rate dia rendah jer.... tapi dia pulak sibuk nak claim insuran saya atas issue kesihatan dia...

Esok, saya akan ke Pejabat Guam di KL untuk bincang dengan peguam bela saya....

Rugi 1/2 hari cuti tahun pada awal 2012 nie...

CNY maybe 4 hari cuti (2PH , 2AL)

Bulan satu nie jer mungkin 3 hari akan guna Annual Leave (AL)




Wednesday, January 4, 2012

Layan Hindustan

Tak de cerita kat TV nie, So layan la Cerita nie



Terkenang zaman muda remaja dulu, time belajar kat UTM....
Pergh... siap cari dan print lirik2 lagu2 hindustan....
Gigih gie SOGO, cari kaset(vcd tak de lagi waktu tu, laptop pun belum ada lagi) lagu2 film hindustan nie .... dengar guna walkman...

Kuch2 Hota Hai....
Dilwale Dulhaniya Le Jayenge
Har Dil Jo Pyar Karega
Mujhse Dosti Karoge

Kenangan....


Suddenly

Saya jatuh cinta pada dia....


Tajuk lagu: Luhur



Liriknya:

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Menjadi satu kenangan yang abadi


Ini lagu baru... belum keluar lagi pun single nyer.... So dengar yang gini pun dah Ok......Abai kan kualiti video ni, credit to tukang upload ke You Tube.

Tajuk : Aku yang Berdosa - Nyanyian Shahir

Tuesday, January 3, 2012

Hari Pertama 2012 - Kerja

Pagi2 datang kerja dah ada malang kat My BF,

Makan RM200 - Rm300 jugak nak repair nie...

Dugaan tul, macam tahu2 jer CNY nie ada B*N*S,

tak mau mengharap banyak....

Ada sebulan pun cukup lah...






Harap-harap... ini kecederaan yang pertama dan terakhir untuk My BF for this year...

Tahun lepas punya kes, still tak settle lagi...
dah jadi court kes....( ini lain entry lah cerita )


So, ini adalah AZAM saya untuk 2012.... memandu dengan berhemah tanpa sebarang kes-kes yang terpaksa membawa BF ke hospital untuk di ubati.....





Aku Maafkan Kamu

Song by:- ~ Malique & Jamal Abdillah


Kita kongsi warna mata , tapi tidak warna hati

Kita tahu kita betul, tetapi ada orang lain anggap kita salah...

Kita tahu kita setia, tetapi ada yang kata kita curang...

Lumrah dunia, tak semua yang kita inginkan akan kita miliki...

Belajarlah untuk redha dalam terpaksa...

Hanya pesanan untuk diri sendiri

Monday, January 2, 2012

Cuti-Cuti Makan

Bulan 1 2012 nie, ada banyak Public Holiday... sungguh bahaya tau...

Bahaya bukan sebab banyak kreta atas jalan raya....

Bahaya bila hanya duduk rumah... dan mula makan setiap 2 jam sekali... sungguh bahaya kan...

Cuti tahun baru semalam... Pagi( bukan pagi sgt lah... bngun pun dah kul 11....new year eve layan movie sampai kul 3.30pagi).... makan roti canai sekeping....

Tengahhari ..... (12.30tghhari) makan nasi + gulai daging + sayur kacang goreng campur ikan bilis goreng + bawang besar goreng.....

Tup tap tup tap... tengok Movie, Terra Novva.... terkenang pulak bubur santan durian dalam peti ais... ambil lah setengah mangkuk cecah ngan roti gardenia sekeping....heaven (2.00pm)

Layan balik ombak rindu buat kali ke-4, goreng pulak burger oblong ramly.... pergh.... itu baru siang... belum malam lagi.....

Petang.... bakar kalori sikit dengan cycling and walking.... itu pun 60 kalori jer yang burn... makan nyer beribu kalori.... hahaha....

Ini baru duduk rumah, belum keluar jalan2 lagi.... lepas New year nie, lagi 2 minggu cuti Hari Yam Tuan pulak, then selang seminggu CNY...

aduh... mungkinkah akan bertambah kalori + berat badan nie....

Kita tunggu dan saksikan....

Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012


Dreams are a big part of our Lives
and You must do whatever it takes
to make them a Reality;
by the plans you make,
the course you take,
and the things you do.

Don't dwell on past mistakes.
Leave yesterday behind,
along with all it's problems,
worries and doubts.

Realize you can't change the past,
but you can start a new tomorrow.
Don't try to do everything at once;
take one step at a time,

Don't ever be afraid to try the Impossible
no matter what others may think.
Remember you are Unique
in your own special way.

Don't ever stop Dreaming!
Don't ever stop wanting what's right for you!

HAPPY NEW YEAR !!!


Semoga tahun ini memberi satu nafas baru dalam kehidupan saya.... Insya Allah, Amin.


credit to : http://goodmorningquote.blogspot.com for the best quotes