CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Friday, September 2, 2011

Syawal 1432H


Tahun ini tema kami sekeluarga adalah HIJAU...




Ini tidak termasuk adik saya yang telah bekeluarga , mereka memilih warna kelabu...


Malam Raya takbir dari rumah ke rumah dan rombongan takbir sampai ke rumah saya pada Jam 11.30mlm... hampir jam 1 pagi baru saya lelapkan mata.

Pagi syawal, selepas solat aidilfitri di surau al-hadi, kami sekeluarga bergerak pulang ke Tanjung Ipoh , Kuala Pilah... perjalanan memakan masa 1 1/2 jam... Kereta banyak...

Insan baru di family kami....

Selepas zuhor, dalam jam 4 ptg kami pulang ke Labu, Seremban pula...

Masa d habiskan dengan agenda makan2 dan borak2...

Selepas maghrib, bergegas pulang ke Seremban kerana mengejar masa untuk menonton Nur Kasih the Movie jam 9 mlm...

Raya ke-dua, sudah menjadi tradisi kami melawat nenek saudara (makcik ayah) di Batu Caves dan juga mak long ( kakak ipar ibu) di Gombak... Seharian masa di habiskan di dua buah rumah ini dan kami melawat Pertama Complex pada tahun ini, semata2 menunaikan hasrat si adik kecil yang ingin membeli beg kayu hoki...

Muka di paksa bergambar oleh Maklong nyer

Kepenatan setelah perut kekenyangan :- fokus pada gambar sikecil... bukan tuan blog yer..

Raya ke -tiga, adalah masa untuk merehatkan badan sambil melayan movie di TV, malangnya tiada cerita yang menarik memaksa saya melanggan Astro First - "Tolong, Awek aku pontianak".


Sekian, cerita syawal saya untuk 1432 H ini...

0 Yang Menegur: