Mak Long saya, (mak kepada sepupu saya) telah pergi untuk selama-lamanya pada awal pagi Ahad, 19th June 2011 yang lalu.
Hujung minggu yang paling pahit sepanjang hidup ini.
Arwah menghidap kencing manis telah pergi pada usia 59 tahun meninggalkan Pak Long saya dan 6 anak , 3 menantu serta 6 orang cucu.
Kehilangan yang cukup besar bagi saya. Ikatan kekeluargaan yang terbina dari kecil disebabkan 3 orang anak arwah adalah kakak2 bagi saya yang sememang nya tiada kakak kandung.
Imbas kembali masa zaman sekolah rendah, di Rembau saya menghabiskan cuti sekolah, ke pasar pada hari ahad mencari siput sedut untuk dibeli dan di buat gulai dengan keladi.
Gulai perut dan tembusu bersama rebung adalah yang saya tunggu setiap kali hari raya atau majlis kenduri di rumahnya.
Dalam erti kata lain, perut saya telah dimanjakan dengan masakan2 kampung oleh arwah Mak Long. Keistimewaan Mak long yang memang sukar di cari pengganti kerana orangnya penyayang, caring dan lemah lembut
Semasa menaip catatan ini(dari ptg tadi hingga kini) rasa sebak , rindu dan pilu sentiasa menyelubungi.
Semoga roh nya berada di Golongan Kekasih Allah.
Sesungguhnya, daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.
Al-Fatihah.
Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik
6 years ago
0 Yang Menegur:
Post a Comment