CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Thursday, June 9, 2011

Merewang di Majlis Kenduri

Sudah menjadi kebiasaan ,apabila ada majlis kenduri kita menolong apa yang patut. ianya di panggil merewang. Pada 2 majlis kenduri sepupu2 saya yang lepas, saya boleh dikira terlibat dalam merewang ni. Untuk majlis Nora, tidak menggunakan khidmat catering, tetapi jiran2 dan org kg yg masak. Saya sekadar menolong, memipih lada api, tolong ke pasar membeli lauk pengantin dan menyediakan meja pengantin.

Berbeza dengan majlis Zakry, pada hari persandingan menggunakan khidmat catering tetapi pada malam sebelum majlis (malam berinai) , makcik saya memasak sendiri dengan pertolongan jiran2.

Saya mengupas kulit halia. Selepas abis halia saya kerjakan, cucuk kan bunga manggar di tempatnya, tiada betik di bandar nie, so pakai polisterin jer...

Sempat lagi tersengih sambil memotong ikan masin.... Kebetulan yang memasak nie semuanya perempuan, tiada lelaki. tengah syok2 potong ikan masin nie, makcik saya panggil minta tolong keluarkan periuk nasi yang besar , saya ingatkan itu jer, rupanya kena angkat beras 10kg pulak.. alih2, saya di minta membasuh dan memasak nasi dalam kuantiti yang banyak... keluar poluh sekejap.. tak pernah buat ok....


Semasa membasuh beras... Oklah 1st time masak nasi dalam quantiti banyak walaupun hasilnya sesuai untuk golongan tiada gigi dan yang mengemari nasi lembik.. hahahahahahaha....

Entry ini bukan untuk membangga diri hanya sekadar kenangan diri sendiri...

Wednesday, June 8, 2011

Majlis Perkahwinan Nora, Awal Bulan Lima

Tajuk pun dah tahu bahwa ini adalah entry tertunda...

Baru ade feel nak update...

Majlis telah diadakan pada 6, 7 dan 8hb Mei 2011 yang lalu.


Nora adalah adik sepupu, anak kepada Pak Long saya Adat berkahwin dengan orang Melaka, pada malam 7hb ada majlis berinai di rumah lelaki, 1st time bagi family kami menghadirinya, upacara dimeriahkan dengan pancaran bunga api.



Rasanya untuk tahun 2011, tiada lagi majlis perkahwinan untuk family saya setelah 2 org sepupu(Nora dan Zakry) saya ini melangsungkan perkahwinannya...

Tunggu tahun depan lak yer...

Sunday, June 5, 2011

Majlis Perkahwinan Sepupu Saya

Sepupu saya iaitu Ali Zakry Abd.Karim telah melangsungkan perkahwinan dengan Nurhananitul Ezza pada 28hb Mei 2011 di Ampang. Oleh kerana majlis berlangsung pada hari Sabtu , makanya saya tak dapat menghadirkan diri..

Untuk majlis menyambut menantu pada 4th June, pada hari Jumaat malam, majlis berinai di adakan untuk ahli keluarga saya sahaja kerana pada majlis berinai di pihak perempuan yang lepas, ramai juga pakcik makcik saya yang tidak dapat hadir termasuk lah saya.. melalut pulak...

Untuk majlis malam, tengahri Jumaat saya telah menolong rewang( itu akan diceritakan pada entry yang lain).

Pengantin berarak, di iringi oleh sepupu saya pembawa bunga mangar Amir dan Idan.
Gambar family pada malam berinai.

Majlis pada 4th ini telah berlangsung dengan meriahnya, maklum lah Maklang saya nie menyambut menantu yang pertamakan..

Cuaca pun bagus... makanan pun sedap... gambar nak load kat sini tak byk sebab kamera yang banyak gambar still berada di luar...(adik saya guna)


Makan bersama adik2 saya, kak cik, Ateh dan Yan.(tidak kelihatan di dalam gambar Kak Ngah dan Akak)

Lastly, Semoga bahagia kepada pasangan dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Thursday, June 2, 2011

KungFu PanDa

Semalam bawa adik2 tengok cerita nie.. Adik2 yg di maksudkan bukan berumur
12 tahun ke bawah yer... (14 tahun to 22 tahun)...

Layan jer cerita nie..seronok, dan rasanya akan menyusul kot Kungfu Panda 3..Edisi mencari
keluarga Po..

Masa tengok cerita nie, geli hati bila lihat aksi Po, Comel macam anak buah kesayangan saya nie..
Semlm jugak septg Amjad ada di rumah kerana daddy nya ada urusan di KL..

Jadi lah, lepas rindu...