CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Thursday, July 19, 2012

Gunung Berembun , Air Terjun Langsir dan G. Chemerong , Dungun Terengganu

Pada 6hb Julai 2012 saya dan rakan-rakan telah berada di Dungun , Terengganu untuk menawan tempat2 yang ternyata di atas. Kami tiba di Hutan Lipur Chemerong pada jam 4 pagi. Tidur sebentar menunggu subuh dan apabila matahari muncul kami bersiap untuk mendaki.

Jam 8.00 pagi
Suasana Pagi - Kabus menyelubungi
Trail yang kami lalui...


Antara pemandangan yang ada sebelum sampai ke puncak.

Taman Bonsai , di kala ini sudah pukul 7 petang... tetapi masih cerah kerana kami hampir tiba di puncak Berembun

Setelah 10 jam masa pendakian, 7.15 ptg kami tiba di Puncak Berembun...

Kami berehat di puncak sambil makan maggi dan minum air kopi untuk menambah tenaga yang telah hilang. Pengalaman baru untuk saya apabila mendaki pada waktu malam untuk ke Air Terjun Langsir. Kami tiba pada jam 10 malam dan membina khemah untuk bermalam. 

Ini lah barisan2 yang ada... Hari ke dua di Air Terjun Langsir. 

Masa di habis kan dengan mandi- manda di sini... Gambar2 semasa mandi manda tiada kerana malas nak bawa kamera... Petang dalam jam 4petang... hujan sekejap..

Kabus tebal... selepas hujan renyai pada petang hari kedua di Air Terjun Langsir.

Dan malam nya selesai sahaja kami masak untuk hidangan makan malam... Hujan lebat melanda.. Fenomena   kepala air telah berlaku dan dalam sekelip masa ... sungai yang cetek seperti gambar di bawah ini telah di naiki air ... ada di antara kumpulan lain telah kehilangan kasut dan juga bekalan makanan kerana meletakkan barangan tersebut di tempat rendah. Syukur kumpulan kami tiada apa-apa bencana.


8hb Julai 2012 , perjalanan turun dari Air terjun Langsir ke Gunung Chemerong... Alhamdulillah selamat semuanya.




6 Yang Menegur:

Unknown said...

cmner nk naik??kne bwak renjer x?

KaMi said...

Airish rafiq, saya pergi dengan kawan2 yang dah pernah pergi sana, so tak guna renjer pun tapi kena daftar dulu di pejabat hutan di Hutan Lipur Chemerong dulu.. Boleh tanya mereka untuk renjer .

Unknown said...

Assalamualaikum . saya nak tanya , daftar tu tak perlu pergi ke pejabat perhutanan terengganu yg di kuala terengganu ye ? pejabat hutan lipu chemerong tu di mana ya ? pendaftaran perlu di buat awal atau masa nak naik baru daftar ?

KaMi said...

Danial Burhanuddin.. tak silap sy kena mohon awal dulu... saya pergi bersama geng2 yg pernah pergi so segala urusan mereka yg lakukan..

roshidayahdayu said...

next month bulan 3 saya naik CBL. seram sejuk takut pancit hahaha. ok x naik sana?

KaMi said...

roshidayahdayu, masih sempat lagi utk kuatkan stamina, jogging tiap hari and naik broga or mana2 bukit yg ada di sekitar awk untuk elakkan pancit nanti.. enjoy ur trip 😊