CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Monday, July 4, 2011

Bau nyer sungguh menyelerakan...

Bagi sesetengah org bau nya busuk kan... tapi bagi saya... sungguh wangi...

Tadi di tempat kerja, sungguh tertekan bila mana sy terbau durian masa tengah berkerja, rasanya aunty cleaner nie yang beli jamu anak2 dia...(sebelah workstation sy adalah rumah pekerja),

Dan balik kerja, bila sampai rumah.. buka pintu kereta sahaja sudah terbau durian lagi...

Alhamdulillah, musim durian sudah sampai... itu pun ada satu pokok di dusun kg dah abis gugur buahnya (kes tiada siapa yang nak menjenguk dusun di kg)



Ini adalah separuh dari hasil yang di bawa oleh Ayah dan Ibu saya pada petang tadi
(lagi separuh dah abis di makan)...
nikmat makan tidak terkata kerana tidak perlu memikirkan betapa mahalnya buah nie tapi rasa tak seberapa...

Buah2 yang di bawa balik ada yg dah di makan haiwan dan hampir busuk , maybe yang elok2 dah ada insan lain punya rezeki...
Kami halal kan siapa yang makan pun...

Sekarang nie tengah kepanasan, walhal makan dua biji kecil2 berdua dengan adik...
lupa pulak nak minum dari ruas durian tadi...

aci tak kalau bukak lagi sebiji semata2 nak minum air dari ruasnya...

:-)

Sunday, July 3, 2011

Sudah bertukar

Semasa mula2 keluarga saya pindah ke sini ianya hutan belukar

Bermula pada 2 tahun lepas (sila klik utk ke kisah dahulu) hidup ini tidak aman pada siang hari... kerja2 pembinaan rancak dijalankan untuk membina 2 buah sekolah
(Menengah dan Rendah) bagi penduduk sekitar..

Perubahan untuk kesenangan anak bangsa yang akan datang...
2 buah sekolah ini dipisahkan oleh padang...



Dan pandangan apabila saya keluar melalui pintu dapur adalah seperti di bawah ini...
Waktu gambar ini di ambil (ptg) kilang koko ini tengah mengeluarkan asap putih...

Tak pasti asap ini merbahaya atau tidak, dan apa yg saya harap,pihak terbabit mesti sudah mengambil tindakan semasa sendiri semasa pembinaan sekolah ini dalam perancangan.




P/s: (mami-sue: macam mana nak hilangkan underline di wording nie... wink..wink...wink)

Terima kasih

Friday, July 1, 2011

Beetroof

Pertama kali jumpa ubi bit ni, sedap juga rasanya...

1st day on July,

Bulan ni ada 5 x jumaat, sabtu dan ahad.

Bila nmpk gmbr ni, tak clear...

Buat sy berazam utk kumpul duit beli I-phone 4
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Salam Jumaat

Mulakan hari dengan senyuman dan selawat ke atas jujungan Nabi SAW.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone