Sudah menjadi kebiasaan ,apabila ada majlis kenduri kita menolong apa yang patut. ianya di panggil merewang. Pada 2 majlis kenduri sepupu2 saya yang lepas, saya boleh dikira terlibat dalam merewang ni. Untuk majlis Nora, tidak menggunakan khidmat catering, tetapi jiran2 dan org kg yg masak. Saya sekadar menolong, memipih lada api, tolong ke pasar membeli lauk pengantin dan menyediakan meja pengantin.
Berbeza dengan majlis Zakry, pada hari persandingan menggunakan khidmat catering tetapi pada malam sebelum majlis (malam berinai) , makcik saya memasak sendiri dengan pertolongan jiran2.
Saya mengupas kulit halia. Selepas abis halia saya kerjakan, cucuk kan bunga manggar di tempatnya, tiada betik di bandar nie, so pakai polisterin jer...
Sempat lagi tersengih sambil memotong ikan masin.... Kebetulan yang memasak nie semuanya perempuan, tiada lelaki. tengah syok2 potong ikan masin nie, makcik saya panggil minta tolong keluarkan periuk nasi yang besar , saya ingatkan itu jer, rupanya kena angkat beras 10kg pulak.. alih2, saya di minta membasuh dan memasak nasi dalam kuantiti yang banyak... keluar poluh sekejap.. tak pernah buat ok....
Semasa membasuh beras... Oklah 1st time masak nasi dalam quantiti banyak walaupun hasilnya sesuai untuk golongan tiada gigi dan yang mengemari nasi lembik.. hahahahahahaha....
Entry ini bukan untuk membangga diri hanya sekadar kenangan diri sendiri...
Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik
6 years ago
0 Yang Menegur:
Post a Comment