CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Saturday, May 23, 2009

Sepintas Lalu

Aku kenal minah nie tahun 1998... Waktu tu kami baru mendaftar semester pertama di UTM KL... Dia di takdirkan jadik roommate aku... konon2 tak nak buat sombong aku ajak la dia gie orientasi sama2..( huhuhu... nie ingat2 lupa jer crita nie, sila betulkan yer mami-sue kalau salah)
Banyak kisah suka duka pahit manis kami harung bersama... cuma kami lain2 jurusan. aku mekatronik(DDB) budak enginering, dia budak IT multimedia(DDZ)..
Itu semua tak jadik masalah sebab kami satu bilik,makan,tidur
even mandi pun aku mesti jumpa ngan dia...
Dari situ maka rapat la kami, keluarga dia dah macam keluarga aku... ujung minggu aku mesti mengekor minah nie balik rumah nya di Selayang ...
maklum la aku nie kan perantau di kota besar, walaupun kehadiran ku mungkin tak disukai oleh dia tapi apa nak buat... sikap tak tau malu aku mengatasi segalanya....
Bila cuti sem panjang , dia pula akan bertandang ke rumah aku di seremban... gambar kat atas adalah di Lake Garden Seremban...

Seingat aku tahun 2000 masa cuti semester kami buat trip melancong berdua... kemana?

Kami ke Melaka.. Naik bas dari Seremban.. Melawat Bandar Hilir, Muzium, Naik Beca dan Mahkota Parade.. pergi balik hari jer...Konon2 jadik pelancong
Then ke esokan nya kami pergi ke PD, merempit berdua... sape lagi yang bawak.. dah tentu la aku... Bawak daging burger dari rumah tapi kena kebas ngan Gagak Hitam...

Hari ketiga pula kami pergi ke Ulu Bendul, pun menaiki Motor juga.. (Gambar tak jumpa cari pula)

Kami juga pernah naik bas berdua balik ke kampung sue di Segamat, tinggal di rumah tok wan sue dan juga menghabiskan ubi kayu tok wan nya serta menyemakkan rumah tokwan sue..
Dush..Dush...Dush.... So sweet semua memories nie.

Akhir tahun 2000, aku ikut trip ke Pulau Pangkor bersama sue ngan geng bebudak DDZ... Kami berkhemah disini... 3 hari 2 malam..
Ni gambar masa nak balik selepas 3 hari jadik orang pulau ... dan dah tentu di sebalik kegembiraan kami ada juga Hero kan.. aku antara orang yang menyaksikan bibit-bibit perkenalan dan juga bibit2 cinta hadir di antara dua insan ini... Kami sampai KL dah lewat malam... Hero yang bertanggung jawab menjemput kami di Puduraya dan memastikan kami selamat sampai di rumah sewa kami adalah Encik ini.....

Tak sangka kan.. Dah 11 tahun kita kenal....

To Mami-sue ,
Thanks for being such a wonderful and loving friend in this world...

Tak sangka pulak gadis molek yang dalam gambar kat atas nie dah bertukar menjadi Mami kepada 3 orang ninja2 yang comel...
Sila abaikan kualiti gambar kerana ianya di snap semula mengunakan digital camera.

4 Yang Menegur:

mami-sue said...

hehehe.. best! best! aku soker citer mcm ni. chenta kenangan silam.. buat la lagi...

ko scan ke gambar2 tu? or resnap guna hp lak??

sekian..

i love u too friend! so sweet memories...

Najwa said...

resnap guna digital camera jer...

love you too...

maza said...

uik! lawa lah....erk! motor tu ha, boleh lah merempit dengan den ni!

wakakaka

ahaks! ekau sudah berjayo menyelak lembaran nostalgia den kek sekolah tinggi lah. hehehhe

KaMi said...

den dah tutup buku merempit nie... motor tue pun dah jual... memories jer tinggal... ekau merempit sorang2 la... den follow jer dalam mimpi...

wakaka....

ini la salah satu kelebihan blog.. buat kita menyelak2 lembaran nostalgia.