CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Sunday, May 31, 2009

Faizal Tahir (OIAM)

Ini antara male artis yang saya minati.. kerna suara yang unik dan lagu2 yang superb best.

Antara lagu yang saya gemari

1.Gemuruh
2.Cuba
3.Maha Karya Cinta
4.Bencinta
5.Sampai syurga

Jom Layan youtube nie... antara salah satu kegemaran saya.



http://www.youtube.com/watch?v=R_e56w7TckY

Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu…..
hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi
tanpa mendengar ku

begitu mudah
untuk kau terus berlalu
nanti dulu
berikanlah waktu
untuk aku untuk kamu
ingatkah lagi waktu
kau bersamaku

kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku
mahu kau tahu
aku cinta padamu
benci padamu cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu
apa yang mataku tahu

apa yang kau tunggu
mahu aku buka baju - (Lawak kan lirik nie, tengah2 serius leh wat lawak masa ABPBH )
ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedang aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu benci padamu
cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci…. kamu… ku cinta….kamu…
ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu
sedang aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu benci padamu
padamu…..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku
mahu kau tahu aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci padamu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci!!

[ Bencinta lyric found on www.lirik.tv ]

p/s: lagu jer nie, saya still bercinta lagi...

Update Today-31st May 2009

Last day for May 2009. So nice...

Wish list yang perlu di capai/hajati sebelum masuk 2010

1. Nak turunkan berat badan ke berat badan tahun 2007. lagi banyak lagi bagus.
2. Nak naik kan CGPA untuk semester May 09 nie.. so must get at least A- for Profesional Ethic and Financial Accounting.
3. Nak gie Kemaman

Letak 3 nie je dulu... nanti letak banyak2 macam tamak la pulak...

Cuti ahad , duduk rumah , kemas bilik dan kemas rumah.. lagi penat dari bekerja rupanya...

but i'm still enjoying my weekend

Tuesday, May 26, 2009

Benci Tapi Rindu ... Hati menangis tiada siapa tahu

Tajuk macam ape ntah kan... Tapi sejak MC minggu lepas , diri still not 100% sihat..
Batuk dah kurang, selsema pulak datang... Demam!!! ntah... badan nie sejuk tapi peluh sampai lencun baju...Semalam gie GH, nak ambil MC je cadangnyer... tapi kena check darah.. dua jam lebih aku kat sana... bila jumpa doktor... she only said if lagi 2 hari tak kebah demam , aku kena gie GH lagi...

Perlu ke aku pergi? dah nak mati ke aku nie?

Ya allah, belum bersedia lagi rasanya untuk aku kembali ke sisi mu... tidak layak lagi aku untuk menghuni syurga mu ... Lumrahkan.... time sakit baru ingat mati.. time sihat????!!!!

Belum lengkap lagi hidup ku di dunia ini...

Saturday, May 23, 2009

Sepintas Lalu

Aku kenal minah nie tahun 1998... Waktu tu kami baru mendaftar semester pertama di UTM KL... Dia di takdirkan jadik roommate aku... konon2 tak nak buat sombong aku ajak la dia gie orientasi sama2..( huhuhu... nie ingat2 lupa jer crita nie, sila betulkan yer mami-sue kalau salah)
Banyak kisah suka duka pahit manis kami harung bersama... cuma kami lain2 jurusan. aku mekatronik(DDB) budak enginering, dia budak IT multimedia(DDZ)..
Itu semua tak jadik masalah sebab kami satu bilik,makan,tidur
even mandi pun aku mesti jumpa ngan dia...
Dari situ maka rapat la kami, keluarga dia dah macam keluarga aku... ujung minggu aku mesti mengekor minah nie balik rumah nya di Selayang ...
maklum la aku nie kan perantau di kota besar, walaupun kehadiran ku mungkin tak disukai oleh dia tapi apa nak buat... sikap tak tau malu aku mengatasi segalanya....
Bila cuti sem panjang , dia pula akan bertandang ke rumah aku di seremban... gambar kat atas adalah di Lake Garden Seremban...

Seingat aku tahun 2000 masa cuti semester kami buat trip melancong berdua... kemana?

Kami ke Melaka.. Naik bas dari Seremban.. Melawat Bandar Hilir, Muzium, Naik Beca dan Mahkota Parade.. pergi balik hari jer...Konon2 jadik pelancong
Then ke esokan nya kami pergi ke PD, merempit berdua... sape lagi yang bawak.. dah tentu la aku... Bawak daging burger dari rumah tapi kena kebas ngan Gagak Hitam...

Hari ketiga pula kami pergi ke Ulu Bendul, pun menaiki Motor juga.. (Gambar tak jumpa cari pula)

Kami juga pernah naik bas berdua balik ke kampung sue di Segamat, tinggal di rumah tok wan sue dan juga menghabiskan ubi kayu tok wan nya serta menyemakkan rumah tokwan sue..
Dush..Dush...Dush.... So sweet semua memories nie.

Akhir tahun 2000, aku ikut trip ke Pulau Pangkor bersama sue ngan geng bebudak DDZ... Kami berkhemah disini... 3 hari 2 malam..
Ni gambar masa nak balik selepas 3 hari jadik orang pulau ... dan dah tentu di sebalik kegembiraan kami ada juga Hero kan.. aku antara orang yang menyaksikan bibit-bibit perkenalan dan juga bibit2 cinta hadir di antara dua insan ini... Kami sampai KL dah lewat malam... Hero yang bertanggung jawab menjemput kami di Puduraya dan memastikan kami selamat sampai di rumah sewa kami adalah Encik ini.....

Tak sangka kan.. Dah 11 tahun kita kenal....

To Mami-sue ,
Thanks for being such a wonderful and loving friend in this world...

Tak sangka pulak gadis molek yang dalam gambar kat atas nie dah bertukar menjadi Mami kepada 3 orang ninja2 yang comel...
Sila abaikan kualiti gambar kerana ianya di snap semula mengunakan digital camera.

Friday, May 22, 2009

Tag Dari Mami Sue

1. Do you thing you are HOT?
I'm an ordinary person , nothing special kecuali i'm HOT when hari panas (hahaha)

2. Why do you like this picture?
Jauh termenung la konon2 nie... Fikir masa depan

3. When was the last time you ate pizza?
Bulan lepas kot... domino pizza... 7hb April 2009 ..birthday afiq

4. The last song you listen to?
Datanglah - Faizal AF4 (Petang tadi masa layan cerita Rahsia Hati kat you tube.. lagu nie soundtrack crita tu)

5. What are you doing right now besides this?
Games Jewel Quest Mysteries

6. What name you prefer besides yours
Ramai yang panggil Najwa, Wa dan bos2 kat tempat kerja panggil No... Berbelit lidah depa nak sebut j... nanti jadi nazwa...


7. People to tag

tak de saper nak tag.... melainkan Makcik rokiah

Saya MC

Hari nie dah semalam aku duk berehat jer kat rumah...
Semalam pagi masuk kerja, tapi tengah hari dah tahan badan... dengan batuk, panas lagi ..
keadaan tempat kerja lagi..

So ape lagi ..jumpa doktor la.. dapat MC..sehari jer

Tadi pagi mata berat jer nak bukak... batuk still tak kebah,,,

Gie la klinik lagi... tapi lain klinik..

dapat Mc.. lepas tue terus gie Giant Senawang..

Uish ader clearence sale... ter'shopping' la pulak...

Dan sekarang nie aku tengah duk lepak layan AXN...

Tapi esok kerja la...

(abg balik esok...Yahoo)

Tuesday, May 19, 2009

Mari Bersenam

Jom layan video...

Monday, May 18, 2009

GHOSTS OF GIRLFRIENDS PAST.

Salah satu filem yang bakal di tonton kelak...

(Abg, cepat la balik...)

GOP_Poster.jpg

Thank You

Thanks to mami-sue for helping me to change my blog layout
Terima la sebanyak bunga ini hadiah ikhlas dari hati...
Ada masa boleh tolong lagi!


Rindu, Marah, Sayang, Geram?

Tak tau mana satu yang ada dalam hati aku sekarang nie?

Kenapa?

Masih jadi tanda tanya.....

Sunday, May 17, 2009

Sepetang Ahad di Bndr Sri Putra

Lepas ambil module di main kampus OUM KL, on the way balik seremban , aku singgah di rumah ninja-ninja yang dah lama tak jumpa...

Ninja 3 :"naper aunty nie amik gambar danish? Rimas la... adik nak masak pun susah...."

Ninja 2: Hemsem tak Danial, Aunty?

Ninja 1 : Nak bagi aunty ke teddy bear tu , nadirah?

Sampai2 sana, terus tolong masak... eh bukan, aku masak sayur ... then makan pas tu layan ninja2 nie main game kat PC. Lepas dinner baru shot balik seremban.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

16 Mei Setiap tahun adalah sambutan Hari Guru...
Untuk itu, Selamat Hari Guru kepada sesiapa yang menjadi guru terutama
sekali buat Ibu , Ayah dan adik ipar ku...

Friday, May 15, 2009

Setahun sudah!

Diam tak diam.. hari nie setahun yang lepas aku mendaftar kerja di sini.

1/2 batu dari rumah, makan tengahari balik rumah, minyak isi Rm20.00 ringgit seminggu setengah pun boleh pergi jalan... tapi kenapa hati ini dah tawar nak kerja kat sini...

Ikut kronologi .. aku memang cukup setahun jer mesti cari kerja lain.. Dari mula bekerja lagi...

2002 till 2003 - Melaka.

Aug 2004 till Aug 2005 - Seremban, TFS

Aug 2005 till April 2007 - IRIS , Bkt Jalil ( nie paling lama)

then Okt 2007 till April 2008 - SHS Seremban 2 ( kat sini la berjumpa si dia)

finally (buat masa sekarang nie) - LAMA TILE-WORKS seremban.

Bila la nak dapat kerja kerajaan nie?

Insya Allah...

Friday, May 8, 2009

Syok Melayan

Emm... Speku tul title yek!!!

Jgn salah faham k, aku sibuk melayan Gossip Girl Session 2.

Session 1 dah tengok lama dulu.. tak pasti pulak crita nie dah tayang kat TV ke belum...

So... malam2 ku kembali di temani movie...



(Ya betul! Si dia kembali untuk 15hari ke tengah lautan)




XoXo
Gossip Girl

Saturday, May 2, 2009

Tak sia-sia aku sms YA TOMOK

Akhirnya, OIAM ada juara lelaki... Setelah aku kecewa melihat Faizal Tahir menjadi juara OIAM nampak nya TOMOK atau SHAH INDRAWAN dapat mengubat luka selama 3 tahun ini...


(Picture credit to www.ohbulan.com)

So, lepas nie hari jumaat malam nak layan crita ape yek kat Tv?

Monk - Starworld

Midsomer Muder - Hallmark

atau gie jalan2 cari makan2?

Tunggu....

Bosan Nya...

Kenapa hari nie kena kerja ... huhuhu..
Ni yang tak best kerja swasta nie... Nak lagi company aku skrg nie hanya ambil 10 hari jer public holiday.. dalam erti kata lain, wesak , thaipusam, maulidur rasul... jgn harap la company cuti...

Friday, May 1, 2009

Good news..... Selamat bercuti

Semalam masa syok2 tengok tv, my phone ringing... saper pulak call malam2 nie, tengok number yang tidak di kenali...

Hello..? Hello... ayang!

Wah... suara yang di rindui... He called me at bilik kawalan yang ade kat platform tengah laut sana..
and the big surprise is.... He coming back tomorrow...

Yahoo... kami hanya boleh bercakap selama 5 minit jer...

Wah, tak sabar nya tunggu hari Ahad nie.. (walaupun dia balik esok, he will transit at his mom house 1st)

Anyway.. selamat berehat 1st May 2009.. esok keje balik ...