CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Wednesday, December 25, 2013

Dataran Merdeka

Cuti hujung minggu yg lepas di habiskan melawat tempat ini..
Sebenarnya ada event jualan baju di basement dataran merdeka..
Untuk membunuh waktu.. sempat menaiki RapidKL di Masjid Jamek dan menuju ke KLCC.

Sunday, November 3, 2013

12 hari di negara asing

Pengalaman yang tak boleh di lupakan... Menjalani latihan kerja di kilang yang ada di Tan Uyen,Province Binh Thanh - 1Jam 30 minit dari Ho Chi Minh City Vietnam
Keadaan lalu lintas yang sesak dengan motosikal sebagai raja jalanraya.


Tempat yang wajib di pergi.. untuk shopping kain baju, Cho Ben Thanh Market
Masa melawat hanya pada hari Ahad, 27hb Oct sahaja... Melawat Cu Ci Tunnels
Memasuki salah satu tunnel dan dpt merasa jalan yg sempit membongkok selama 5 minit di dalam tunnel itu.
Gambar bawah ini semasa berada di War Museum.. kat HCM ni banyak sgt Muzium Perang nye... Pergi satu museum je.. sejarah perang vietnam dan kesan selepasnya.


Apa yang boleh saya katakan tentang perjalanan ini adalah saya dapat mengenal budaya dan cara hidup orang Vietnam. Lebih kurang 10 hari tinggal di kawasan pedalaman mereka, memang dalam tempoh itu hanya pada hari Ahad sahaja saya makan tengahari di restaurant di Bandar HCM, selebihnya saya masak sendiri.

Apa yang saya tidak boleh lupa adalah kopi . Pekat dan enak sekali , memang sesuai di jadikan ubat tahan tidur...


Tuesday, October 22, 2013

MH758

My1st experience....

Monday, October 14, 2013

Sunday, September 22, 2013

Small celebration


Syukur, Alhamdulillah .... masih bernafas.

Wednesday, September 18, 2013

September With Love

This year will be difference...


Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri

Syukur masih di beri kesempatan utk meraikan syawal tahun ini

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan



"Nasi LeMak Buah Bidara,
Buah Bidara buat berbuka,
Selamat berpuasa kepada semua,
Hari Raya ada rezeki kita jumpa."


Saturday, June 29, 2013

Terharu

Kamu bersikap terus terang.. memberitahu sesuatu yang tidak disukai oleh dia...

Tiba-tiba dia berubah..
menjadi diam dan terus diam...

Esoknya..
Dia mengatakan .'Demam.'
Kerana memikirkan sikap aku yang degil.

Oh... sungguh terharu apabila ada seseorang jatuh sakit memikirkan tentang kita.

Kejam kah?

Monday, June 3, 2013

so cute...

Saya rasa saya nampak macam kenal je.. ada sorang tu di barisan atas sekali berdiri...

Betul tak?


Thursday, May 30, 2013

Mount Kinabalu ... Finally!

It was a great and awesome experience...

To climb the mount that the highest in Asia...

Kami memulakan perjalanan pada 4hb Mei 2013 mengikuti laluan Mesilau..

Sungguh Indah pemandangan di situ...






Saya selamat sampai di Laban Rata Hut pada jam 6.15 petang.... lewat...

Menghadapi kesukaran bernafas bila telah berada di KM5.

Makan malam , rehat dan tidur jam 8 malam sebelum bangun pada jam 1 pagi dan bersiap untuk ke puncak gunung...

Memulakan perjalananan pada jam 2.30 pagi adalah satu usaha yang cukup mencabar... dengan sejuk dan kesukaran bernafas , saya akhirnya tiba di Sayat-Sayat hut pada jam 4 pagi.. 

Meneruskan perjalanan hingga ke KM8 dan dari sini telah nampak puncak gunung yang ingin ditawan...
Menjadi begitu lemah untuk mengambil sebarang photo di puncak... berehat 5 minit sahaja di puncak dan meneruskan perjalanan turun dan sampai di Pendant Hut pada jam 10 pagi.


Sarapan pagi dan rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan turun ke Timpohan Gate.Alhamdulillah selamat tiba di bawah Kinabalu Park pada jam 4.45 petang.

Insya Allah ada rezeki akan menjejak kaki ke sini lagi.





Tuesday, April 23, 2013

Persediaan...

Mampukah aku???

Bersediakah aku???

Sunday, March 24, 2013

Hutan simpan Ayer Hitam,Puchong

Satu jungle treking yang bagus... byk peluh keluar dan byk simpang yang perlu di pilih..
Takpe.. kali ini gagal.. insya allah lain kali ketemu apa yng di cari

Tuesday, March 12, 2013

Terabur langkah di Puncak Bukit Tabur -East Trail

Hujung minggu lepas ,saya dan rakan2 kesini...
Trek mencanak tinggi dengan matahari terik di atas kepala kerana kami memulakan pendakian pada jam 11.50 pagi

Sunday, February 3, 2013

Gunung Besar Hantu , Jelebu

XPDC kali ini bersama dengan Geng PLUS pada 26 & 27hb Januari 2013 yang lalu...
Pengalaman baru merasa jalan 4WD walaupun hanya menggunakan KEMBARA...

Dari Pekan Jelebu ke Hutan Lipur Lata Kijang menaiki Kembara dengan mengikuti jalan kampung yang cukup mencabar trek nya... 

Bermalam di Lata Kijang
Pada keesokan harinya bermula pendakian pada se-awal jam 7 pagi ke puncak Gunung Besar Hantu.
Jam 12.00tghari kami berjaya menawan puncak gunung.
Berehat sebentar dengan seisi photo dan juga menyegarkan badan dengan air 100plus dan coklat coki-coki, tanpa lengah kami mulakan perjalanan turun ke kaki air terjun Lata Kijang pada jam 12.30tghari dan tiba di air terjun pada jam 4.30 ptg. 
Kami bergerak keluar dari kawasan Hutan Lipur Lata Kijang pada jam 5.30 ptg dan selamat sampai di pekan Jelebu utk makan dan minum pada jam 7 ptg..

Pendakian yang tidak santai kerana mengejar masa tetapi cukup bagus untuk latihan.
Dapat mandi lumpur sekali bila mana Kembara yang kami naiki tersangkut di lopak dalam tanah merah.


Alhamdulillah, syukur selamat pergi dan selamat pulang ....







Wednesday, January 30, 2013

Texas Steak House, Taman Tun Hussein Onn

Dinner with beloved friends

Chicken Wings Set - RM9.90

Grill Chicken - RM12.90

Sirlion Steak - RM14.90 & Lamb Chop - RM13.90

Place : Nice, near Carefour 
Price : Affordable
Taste : Just nice.. but the gravy a bit salty.

Wednesday, January 23, 2013

2nd Hill - Jan 2013

Ia sangat menenangkan...

Tapi kali ini berbeza sedikit kerana membawa muka-muka baru mendaki..

Cabaran... macam tak percaya saya boleh guide org naik bukit

Sebab Bukit Broga je pun, cuba naik bukit tabur ke Nuang ke ... memang tak berani lah ... :)

Naik jam 5 pagi.. Group pertama ( saya dan lagi 2 org) yang sampai ke Puncak 1 pada Jam 6 Pagi..

Dan kami meneruskan perjalanan ke Puncak 4 dan menunggu mereka2 yang lain sampai pada jam 7.15 pagi.

Satu latihan untuk saya ... Alhamdulillah










Sunday, January 13, 2013

Fillet ikan bakar

-Cukup untuk dinner mlm ini...
-Fillet ikan di perap sama air lemon dan serbuk lada hitam kemudian di masak atas kuali tanpa minyak. .
-Brokoli dan lobak di rebus dahulu sebelum di masak bersama dengan sos seasoning
Selamat mencuba

Sunday, January 6, 2013

1st hill-hiking 2013

Tak jauh pun.. broga hill semenyih je...
Cuma org dah ramai dan tak syok sgt sbb byk port2 best utk lepak dah di tawan oleh org yg dtg awal.. sarapan macaroni goreng di atas puncak...

Wednesday, January 2, 2013

2013

Terlepas untuk update blog tarikh semalam... 1hb di mulakan dgn penuh teratur untuk kerja dan keluarga...
Alhamdulillah

Semalam bawa my bf g mandi manda..
Selesa sikit hari ni...

Insya allah ada rezeki akan dtg nanti...

Amin...