Pada 6hb Julai 2012 saya dan rakan-rakan telah berada di Dungun , Terengganu untuk menawan tempat2 yang ternyata di atas. Kami tiba di Hutan Lipur Chemerong pada jam 4 pagi. Tidur sebentar menunggu subuh dan apabila matahari muncul kami bersiap untuk mendaki.
|
Jam 8.00 pagi |
|
Suasana Pagi - Kabus menyelubungi |
Trail yang kami lalui...
Antara pemandangan yang ada sebelum sampai ke puncak.
Taman Bonsai , di kala ini sudah pukul 7 petang... tetapi masih cerah kerana kami hampir tiba di puncak Berembun
Setelah 10 jam masa pendakian, 7.15 ptg kami tiba di Puncak Berembun...
Kami berehat di puncak sambil makan maggi dan minum air kopi untuk menambah tenaga yang telah hilang. Pengalaman baru untuk saya apabila mendaki pada waktu malam untuk ke Air Terjun Langsir. Kami tiba pada jam 10 malam dan membina khemah untuk bermalam.
Ini lah barisan2 yang ada... Hari ke dua di Air Terjun Langsir.
Masa di habis kan dengan mandi- manda di sini... Gambar2 semasa mandi manda tiada kerana malas nak bawa kamera... Petang dalam jam 4petang... hujan sekejap..
Kabus tebal... selepas hujan renyai pada petang hari kedua di Air Terjun Langsir.
Dan malam nya selesai sahaja kami masak untuk hidangan makan malam... Hujan lebat melanda.. Fenomena kepala air telah berlaku dan dalam sekelip masa ... sungai yang cetek seperti gambar di bawah ini telah di naiki air ... ada di antara kumpulan lain telah kehilangan kasut dan juga bekalan makanan kerana meletakkan barangan tersebut di tempat rendah. Syukur kumpulan kami tiada apa-apa bencana.
8hb Julai 2012 , perjalanan turun dari Air terjun Langsir ke Gunung Chemerong... Alhamdulillah selamat semuanya.