CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Thursday, June 21, 2012

Cahaya itu indah...

Macam cun je model ni kan...



Wednesday, June 20, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Jerangkang Waterfall to Kuala Lumpur - 28th May 2012

Dah lama cerita ni tertangguh... hanya ini yang mampu saya upload... sibuk dengan tuntutan kerja...

Hari ke tiga di sini... Selepas sarapan kami sambung semula aktiviti mandi manda, cuma berbeza nya kali ini saya cuba melawan arus deras air terjun...

Hari pertama tiba disini, saya hampir lemas sebanyak 2 kali gara-gara di tarik oleh arus air... Ya Allah, syukur alhamdulillah , saya masih mampu bernafas lagi di bumi ciptaan-Nya ini...






Trip yang sungguh santai, sebelum balik ke KL, kami singgah makan tengahari di Bandar ikan patin Temerloh... 
Terbaik sungguh ikan patin masak tempoyak nyer..


The end cerita Jerangkang yang ambil masa hampir 4 minggu untuk selesai di abadikan pada blog...







Monday, June 11, 2012

Jerangkang Waterfall, Maran Pahang - 27th May 2012

Maaf pada yang menanti kan sambungan untuk trip saya ini  ("ada ke? ;-)" )

Hari kedua di mulakan se awal jam 6 pagi... Kesejukan di kaki jeram memang terasa...

Usai sarapan mee hoon goreng... kami bersiap2 untuk mendaki mencari panorama yang indah...

Isi perut dulu

View dari tapak perkhemahan kami


Pendakian bermula
Tiada kata-kata mengambarkan keindahan nya...

Tiba di tingkat 17... setelah 30 minit berjalan....
Spoil bila bateri kamera saya nyawa2 ikan bila sampai di sini... selepas ini kebanyakan gambar2 di ambil dari fb rakan2 yang lain....
 rehat sebentar dengan edisi bergambar...

Subhanallah, jam 10 lebih kami tiba di air terjun tingkat 20... Santai je pendakian ini... 
Di sini kami berhenti lebih kurang satu jam dengan aktiviti mandi manda...

Tingkat 39, antara curam2 yang kami daki untuk sampai ke destinasi pilihan

Akhirnya, tingkat 40 sampai juga...



Setelah puas mandi manda, terjun tiruk, selam, makan maggi...  berehat menikmati alam panorama

Antara gambar edisi poskad

Sukar untuk digambarkan dengan perkataan bagi seronok dan mencabarnya pendakian  ini.
Jika silap langkah bahaya menanti, alhamdulillah kami di temani oleh porter yang memang cukup berpengalaman , berumur 70 tahun. 
Lebih kurang jam 5 petang , kami tiba semula di tapak perkhemahan...
 Penat?Tiada istilah penat bila mengenang keindahan panorama yang telah di lalui.





Wednesday, June 6, 2012

Jerangkang Waterfall , Maran Pahang - 26th May 2012


 Pekan Temerloh

Jambatan Gantung Kuala Semantan

Agihan barang makanan untuk di bawa oleh setiap peserta.

Seramai 26 orang termasuk 3 kanak2 menyertai ekspedisi ini, naik lori dari Kg.Paya Bungor, Maran Pahang. Satu pengalaman yang baru selama setengah jam, merentasi LPT dan kawasan kebun sawit sebelum kami tiba di kaki Jeram Jerangkang. Sudah serupa macam PATI mahu di hantar pulang ...:-)

Selepas itu mendaki selama 15 minit untuk ke tapak perkhemahan...
 Akhirnya Jam 1620, kami tiba di tapak pekhemahan, sungguh indah pemandangan sekeliling, hilang segala penat menaiki lori dan mendaki.


Khemah-khemah bagi kaum hawa

khemah untuk lelaki dan juga tempat memasak+ tempat tidur bagi kaum adam


Antara bekalan makanan kami di sini , mee segera, sardin, kari ayam dalam tin , biskut keping, roti, jajan2, sayur kacang, sayur kubis, terung, ikan masin, kicap manis kipas udang dan telur.



Selepas selesai penempatan, apa lagi... aktiviti yang di nantikan pun tiba,
edisi mandi manda di Air terjun Jerangkang...

Selesai sudah sepetang perjalanan...

You'll Never walk Alone


By Gerry And The Pacemakers



Credit to Youtube for the clips and history of this song

 Good Luck

Friday, June 1, 2012

Jerangkang Waterfal - Teaser

Seminggu berlalu...
Deruan air terjun mu masih teringat2 di minda ini...
Tenang dengan cara tersendiri...



Damai yang tiada di bandar ini...
Alhamdulillah selamat pergi dan kembali...