CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Salam Lebaran ....

Maaf Zahir dan Batin

Tiada yang lebih bermakna bila bersama dengan keluarga tersayang...

Semoga kebahagiaan itu sentiasa bersinar.


Friday, August 26, 2011

Girl's day out

With lovely ibu...

Ke Jusco Central Melaka

Some item , only can saw, tested and walk away

Some saw, though, tested and bought...

Again, thank to ibu for
supporting some cash

Will pay it after get my overtime payment after raya



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1000 tonne

Silo simen ini dpt menyimpan 1000 tonne simen pada masa depan.

@ new plant in progress
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, August 22, 2011

Halwa Telinga

best juga layan lagu2 dari Opick ni..

Antaranya:-

Takdir - feat with Melly Goeslow


Bila Waktu telah berakhir



Dan lagi satu dari Afgan...

Pada Mu Ku Bersujud


Ku menatap dalam gelap,

Tiada yang biasa ku lihat,

Selain hanya nama-Mu, Ya Allah.

Esok ataukah nanti,

Ampuni semua salahku,

Lindungi aku dari segala fitnah…

Kau tempatku meminta,

Kau beriku bahagia,

Jadikan aku selamanya

Hambamu yang selalu bertaubat…

Ampuniku Ya Allah,

Yang sering melupakan mu,

Saat kau limpahkan kurnia-Mu

Dalam sunyinya aku bersujud…


Sejuk hati bila dengar ni semua...Harapan di hati agar beristiqamah dalam perbuatan.

Insya Allah...


Sunday, August 21, 2011

Inilah Nasib Kami...

Cik Lem 1: Kita dah sampai mana ni?

Cik Lem 2: Entah lah, rasanya ni dekat ampangan nie.

Cik Lem 3: Mana kau tahu sini ampangan?

Cik Lem 2: Tu cuba ko tengok sebelah kanan kita nie, bukan ke tu centre point..

Cik Lem 1: Eh , kita ni nak pergi sini ke? Kenapa berenti ni?

Cik Lem 3: Ler... bukan ke lampu traffic merah nie... A ah la... kita nak pergi mana
nie?

Cik Lem 2 : Aku ingat kita nak pergi test tempat baru kot...

Cik Lem 1 : Bukan lah, aku ingat bos nak bawak kita pergi mandi kot... dah lama tak kena air kita nie



Cik Lem 3: Opocot, ish nape tetiba jalan pulak ni...terkejut aku.

Cik Lem 2 : Traffic Light dah tukar hijau tue....Eh, ni bukan jalan pergi Centre Point ni... mana kita nak pergi ni?


Cik Lem 4 : Bising lah korang nie, aku nak lelap sekejap pun susah... Kita nak pergi Kuala Pilah lah.... Stand by untuk Mantai day nak raya nanti.

Langsung semua yang ada pun terdiam sambil mengenangkan nasib yang akan di hadapi mereka.

Sekian cerita pendek menjelang 9 hari sebelum Aidilfitri

Saturday, August 20, 2011

Kerja Buruh Kasar

Tiap2 pagi sebelum pergi kerja , saya akan pastikan cermin kekasih saya suci dari segala
kotoran ( daun atau habuk) setelah semalaman ianya berembun mahupun berjemuran...

Selalunya, jadi malas bila memikirkan keadaan paip rumah yang penuh dengan pasir di bawah paipnya...( Rujuk gambarajah yer untuk jelas), setiap kali saya buka pili paip dan air akan memercik di kaki seluar saya... menyebabkan rasa ketidakselesaan melanda.




Setelah di perkenankan lah penyimpan mohor besar di rumah ini, maka saya pun mulakan lah kerja buruh kasar selama hampir dua jam. Maklum lah tiada pengalaman, testing atap genting oklah.... tapi kalau yang ini, saya main agak2 jer campuran simen dan pasir serta airnya....

Hasilnya:- tiada lagi ketidakselesaan di kaki pada waktu pagi...
kini saya mampu tersenyum bila menaiki kekasih saya yang juga telah suci cerminnya..



Kawasan ini sudah boleh beraya pada tahun ini...


Monday, August 15, 2011

Pagi yang indah

Hujan menemani masa sahur pagi tadi

Alhamdulillah, mentari menyinar juga sekarang

Selamat berpuasa di awal minggu ke-3
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, August 12, 2011

Preparation for my Kekasih

Tahun ni, kekasih saya sahaja yg beraya,
tak pe la sayang, lagi pun dah 2 bulan dia dalam kesakitan...

Ada rezeki lebih lagi baru kita make up yer


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 11, 2011

Believe!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, August 7, 2011

Panduan sesama insan 02

Artikel ini(sila klik sini atau pada link di bawah ini) saya dapati menarik dan menyedarkan
Sekadar berkongsi sempena catatan yang ke-100 dalam blog ini...

BLOG PERIBADI USTAZ MOHD KHALIL (Kadi Kluang): Ingat MATI, Umur Kita Tak Panjang Mana

Saya takut sekiranya Allah menjemput saya di masa saya belum bersedia menghadap-Nya...

Sudah 30 tahun saya bernafas di bumi ini.. adakah saya masih mempunyai 30 tahun untuk hidup atau kurang atau lebih..
Wallahualam...

Banyak yang masih perlu di perbaiki...

Banyak yang masih belum di temui

Banyak yang masih belum habis di bayar...

Banyak yang masih belum di rasai..

Banyak...... terlalu banyak kalau ingin di senaraikan...

Harapan aku hanya satu:-

Agar aku di jemput pulang oleh Allah dalam keadaan beriman dan telah bersedia sepenuhnya.

Insya Allah.

Sama2 lah merebut peluang yang ada di bulan yang mulia ini ...

Wallahualam

Saturday, August 6, 2011

Mereka penawar duka

Hampir Seminggu kita menunaikan ibadah puasa, cepat sungguh masa berlalu...

Ramai yang mungkin telah buat persediaan untuk menyambut Syawal pula...

Tahun ini tak sabar nak tengok budak nie pakai baju melayu dan



Yang si kecik nie pakai baju kurung...



Harap2 lagi 3 minggu nie rambut dah ada la yer... ^__^ dah macam amjad pulak ...

Selamat hujung minggu

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Kali ini, bagi saya bulan ramadhan di sambut dengan berbagai perasaan...

Mengharapkan Ramadhan kali ini akan lebih sempurna ibadahnya dari tahun yang terdahulu...

Syahdu semasa kenduri tahlil pada malam Sabtu yang lalu bila terkenangkan Arwah Mak Long dan Atok Uda saya yang telah di jemput oleh -NYA. Ternyata terasa sungguh kehilangannya kerana saya begitu rapat dengan mereka.

Semoga dengan segala amalan yang dilakukan , pahalanya dapat di sedekahkan pada insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah. (Wan Soyah, Atuk Brahim,Pak long Sahak,Atuk Uda dan Mak Long Zizah)

Yang pergi tak akan kembali, tetapi syukur dengan kedatangan orang baru ke keluarga kami ( Anak buah dan Ipar)

Selamat Berpuasa dan sama2 lah kita mencari keberkatan di bulan yang mulia ini.

Insya Allah