CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Sunday, July 31, 2011

Persediaan menyambut Ramadhan

Beli tulang. Buat sup
Beli itik buat rendang

Semalam di kg, buat lemang dan kenduri tahlil


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 29, 2011

Pari bakar dan Salad Sayur

Pari yang telah bersedia untuk dibakar

Salad sayur yang segar (gmbr malas nak snap)

Tengah drive ambil adik pulang dari hostel smbil berharap bila dah sampai rumah nanti makanan dah siap boleh di makan


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cari benda tersembunyi

Ada seekor haiwan dalam gmbr nie, statik jer masa saya ambil gambar ni masa nak keluar dari kilang... Agaknya haiwan ni pun tunggu line clear nak lintas jalan kot...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Terakhirkah ini...

Sedih andai kata ramadhan kali ini yang terakhir untuk saya...



Mudah-mudahan...

Tuesday, July 26, 2011

Traditional Food

Sempena syawal yang akan tiba, saya ada menjual dodol utk di hidang di pagi raya. Dodol asli resepi warisan Kg. Talang... 100% mengunakan gula enau @ gula melaka.
Berminat sila tinggalkan comment anda, sekian terima kasih.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Indah



Pemandangan begini selalu disaksikan pada pagi hari bila ke tempat kerja

Subhanallah.

Monday, July 25, 2011

Aktiviti Sihat Hujung Minggu



Bersama ibu, semalam kami berdua telah melakukan senaman dengan membersih
semak samun di dusun.
Durian dah abis pun, yang tinggal hanya cempedak, rambutan dan manggis...
malangnya bagi kami rambutan dan manggis nun tinggi di atas pokok.



Bawa tangga dari rumah berhajat nak balut cempedak, tetapi yang nak panjat nya berbadan ala2 BaD*K,
hehehe
so pandang jer la yer...

Siap bawak bekal nasi lemak lagi, kira aci la kan, dah buang kalori tambah kalori..



Happy weekend with lovely mom on 24th July 2011

Merindui

Lebih kurang 6 hari lagi 'dia' akan datang, hari ini hari terakhir Isnin pada Syaaban 1432 hijrah, semoga hidup di berkati Ilahi, amin.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah Dr.Lo Lo

Pagi tadi dapat berita mengenai dia.

Hakikatnya, saya pernah berjiran dengan dia di Bukit Keramat dulu.

Semoga rohnya bersemadi dengan aman...

Al-Fatihah.

Sunday, July 17, 2011

Buku Baru

Semoga hidup lebih diberkati dan di redhai oleh Allah S.W.T

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)


:- di kongsi daripada sini.

Comel sungguh anak saudara saya yang baru ini... Nur Amna Ajla,
Genap 2 bulan hari ni..



Semasa majlis akikah pada minggu lalu.......



>>>>












>>>>>>>>>>>









>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>






Dan selepas di cukur rambutnya yang lebat itu.....

Lagi comel macam Mak Long dia.... ^___^

Selamat hujung minggu dan salam nisfu syaaban.

Saturday, July 9, 2011

Bila dah musim

Seronok rasanya dapat ke dusun, durian punya pasal TOLAK TEPI penat,

Balik kerja semalam saya dan adik saya ke dusun, jarak perjalanan adalah setengah jam dari rumah.Sampai dusun pun dah pukul 6.30ptg.. kami menjadi bahan santapan nyamuk2 yang ada di dusun...



Ingat lagi semasa kecil2, bila musim durian, arwah atuk akan bermalam di dusun, ada pondok kecil, dengan unggun api, saya akan menyusul pagi2 dengan wan saya, tolong kutip dan makan... tapi yang paling seronok bila dengar bunyi buah durian gugur, berlari dengan adik, sepupu atau makcik mencari dan siap buat game lagi siapa jumpa dulu or siapa dapat kutip paling banyak... tapi semua itu hanya kenangan.. Zaman buah durian masih banyak...

Rindu pada arwah atuk...




Kini, dusun telah di bersihkan oleh ayah saya, itu pun semalam kami hanya mencari durian yang ada di laluan yang ada sahaja, tak berani nak masuk dalam2 semak yang masih belum sempat di bersihkan oleh ayah..



Rambutan, manggis dan cempedak hanya tunggu masa nak masak jer.. ikut perkiraan sebelum puasa ni masak lah buah2 tue...langsat jer yang tak nampak putik nyer lagi...



Lain tahun jika sampai musim durian, saya terfikir nak minta cuti tanpa gaji... nak jaga dusun, bukan apa... tupai dah berkampung dulu tahun ni...
Alhamdulillah.

Monday, July 4, 2011

Bau nyer sungguh menyelerakan...

Bagi sesetengah org bau nya busuk kan... tapi bagi saya... sungguh wangi...

Tadi di tempat kerja, sungguh tertekan bila mana sy terbau durian masa tengah berkerja, rasanya aunty cleaner nie yang beli jamu anak2 dia...(sebelah workstation sy adalah rumah pekerja),

Dan balik kerja, bila sampai rumah.. buka pintu kereta sahaja sudah terbau durian lagi...

Alhamdulillah, musim durian sudah sampai... itu pun ada satu pokok di dusun kg dah abis gugur buahnya (kes tiada siapa yang nak menjenguk dusun di kg)



Ini adalah separuh dari hasil yang di bawa oleh Ayah dan Ibu saya pada petang tadi
(lagi separuh dah abis di makan)...
nikmat makan tidak terkata kerana tidak perlu memikirkan betapa mahalnya buah nie tapi rasa tak seberapa...

Buah2 yang di bawa balik ada yg dah di makan haiwan dan hampir busuk , maybe yang elok2 dah ada insan lain punya rezeki...
Kami halal kan siapa yang makan pun...

Sekarang nie tengah kepanasan, walhal makan dua biji kecil2 berdua dengan adik...
lupa pulak nak minum dari ruas durian tadi...

aci tak kalau bukak lagi sebiji semata2 nak minum air dari ruasnya...

:-)

Sunday, July 3, 2011

Sudah bertukar

Semasa mula2 keluarga saya pindah ke sini ianya hutan belukar

Bermula pada 2 tahun lepas (sila klik utk ke kisah dahulu) hidup ini tidak aman pada siang hari... kerja2 pembinaan rancak dijalankan untuk membina 2 buah sekolah
(Menengah dan Rendah) bagi penduduk sekitar..

Perubahan untuk kesenangan anak bangsa yang akan datang...
2 buah sekolah ini dipisahkan oleh padang...



Dan pandangan apabila saya keluar melalui pintu dapur adalah seperti di bawah ini...
Waktu gambar ini di ambil (ptg) kilang koko ini tengah mengeluarkan asap putih...

Tak pasti asap ini merbahaya atau tidak, dan apa yg saya harap,pihak terbabit mesti sudah mengambil tindakan semasa sendiri semasa pembinaan sekolah ini dalam perancangan.




P/s: (mami-sue: macam mana nak hilangkan underline di wording nie... wink..wink...wink)

Terima kasih

Friday, July 1, 2011

Beetroof

Pertama kali jumpa ubi bit ni, sedap juga rasanya...

1st day on July,

Bulan ni ada 5 x jumaat, sabtu dan ahad.

Bila nmpk gmbr ni, tak clear...

Buat sy berazam utk kumpul duit beli I-phone 4
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Salam Jumaat

Mulakan hari dengan senyuman dan selawat ke atas jujungan Nabi SAW.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone