CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Tuesday, May 31, 2011

Malang itu tidak ada bau...

Tengahari tadi,seperti biasa saya balik rumah makan tengahri... malangnya hari nie bila saya nak masuk semula ke dalam kilang yg berada di sebelah kanan..

Signal sudah di beri, saya slow kan kereta kerana nak bagi laluan kereta dari arah bertentangan untuk jalan dulu, belum sempat saya nak masuk ke kilang...

dummmm... alamak.. ada org langgar kereta ku dengan motornya...

Rupanya apek daa.... tanya apek tu, boleh jalan tak,
dia kata tak leh, byk gak la darah kuar dari betis dia... saya call ambulans

Settle jer semua ambulans datang, saya gie la wat report..

So hari nie, setengah hari masa abis kan ke kes nie...

Ini la mangsa keadaan pada hari nie


Kesian pakwe saya nie.. lama dah berjasa dari tahun 2006...

Saturday, May 28, 2011

Grrrrr.......

Musim kenduri kahwin sekarang nie kan...
Nak jadi cerita, jiran saya buat majlis kenduri kahwin...

Selamat Pengantin Baru...

Cuma yang tak sedapnya bila ada yang bertindak tidak mengambil kira hal org lain....
Seperti yang tertera di gambar ini...


Bukan nak salahkan jiran saya pun... mungkin masa pemasangan khemah pda petang Khamis yang lalu, tiada org yang monitor kan, Pihak yg memasang khemah tak berfikir ke???

Macam mana saya satu family nak masuk ke dalam rumah kan(maksudnya kereta2 kami) bila tiang2 antara khemah berada di tengah2 laluan pintu masuk ke rumah kami...

isk...isk...isk...isk....grrrrr grrrrr grrr...

Bila ayah saya selidik2 dgn org yang pasang khemah nie , dapat tahu khemah hanya akan di buka pada Isnin nanti ... 4 malam k... kereta2 kami di luar rumah...

mmmmmmmm

p/s:- rasanya tiada jiran saya yang baca blog nie kan... kalau ada, maaf yer... entry sekadar lepas perasaan sahaja

UPDATED: Petang nie(29/5/2011) khemah dah siap di bukak ( ada yang baca ke? oppsss)

Friday, May 27, 2011

Rindu sama dia

Agak- agaknya hari Ahad ni boleh la jumpa kesayangan saya nie yer...

Thursday, May 26, 2011

Minggu yang indah

Rentetan kpd entry "Rabu tanpa kata-kata" hujung minggu lepas dihabiskan dengan indah nya...

Sejak hari Khamis lagi, Otak saya tepu duduk di rumah sahaja,
so minda berkata2 "Jom tgk wyg", makanya rakan menonton harus di cari...

Bagai pucuk di cita ulam mendatang bila , Wan Ida setuju untuk menghabiskan masa menonton "Pirates of the Caribbean"(setelah ajakan saya untuk menonton Nur Kasih di tolak mentah2 oleh dia).

Selepas waktu kerja Sabtunya, saya bergerak ke rumah Wan Ida di Bdr Baru Sentul, then lepas maghrib baru kami ke KLCC

Sememangnya perut lapar minta di isi, kami ke food court dan makan di Subway. Wayang pukul 11.20pm, lepak dulu di Starbuck. Thanks to Wan Ida for a cup of frappuccino green tea latte while waiting to watch pirates. That's was my 1st time for this drink.

Wan Ida khusyuk dengan BB nyer...

Dan saya hanya bermain dengan compact camera saya...

Cerita Pirates memang layan... syok sgt...

Esoknya kami ke rumah Sal di Subang Jaya selepas Brunch.....

Membawa bersama lauk-lauk yang telah ditapau di kedai untuk bersama Sal dan Qistina Comel...
Di agah- agah gelak, tetapi bila ummi dia tak de...emmm.... nangis.....

Selepas lunch, bergossip, borak2 bersama Wan Ida, Sal dan layan keletah Qistina, saya gerak pulang ke Seremban pada jam 4 ptg...

Sekian cerita hujung minggu saya.



Wednesday, May 25, 2011

Sunday, May 22, 2011

Saturday, May 21, 2011

Kesayanganku

Memperkenalkan anak buah saya ,

Nur Amna Ajlaa dan Muhammad Amjad Absyar



Friday, May 20, 2011

You can do it!!!


Semalam baca blog cik adik manis nie...

Wah entry dia memang cukup berguna buat masa ini..

Saya dah pun mula buat satu2 yang di katakan..

Harap boleh survive




Wednesday, May 18, 2011

Layan

Biar hati ini mencintakanmu.....



tgk 'Nora Elena' , tersuka pulak lagu nie...


Ok nak layan Nowel " Kasih Yang Suci" Jup

p/s: Laptop sakit, >>>Nowel<<< huruf yang sepatutnya tidak beroperasi

Tuesday, May 17, 2011

Sepetang bersama anak saudara

Balik kerja... lepak2 di rumah... mandikan Amjad then bersiap ke SALAM...
Pastikan Amjad leka bermain dengan handphone saya....

Sampai di SALAM, baby tidur dan untuk tidak menganggu pelawat2 lain yang datang melawat adik ipar saya, saya melayan Amjad bermain di lobi dan lift...

Setelah penat tawaf satu hospital, terasa lapar pulak, berehat sebentar sambil makan goreng pisang....
Rasanya baru semalam saya pangku Amjad , hampir 2 tahun rupanya detik tu ada dalam kepala nie yer.... Sekrang dah ada sepasang anak saudara saya...

Cepat juga masa berlalu...



Little Baby in d House..

Belum ada kat rumah lagipun... still at hosp.

last night dapat call dari adik , minta tolong babysit anak lelaki dia , Si Amjad..

Amjad tido... ummi dia dah sakit nak bersalin.. waktu tu dah pukul 1.30am..

So apa lagi, bergegas la saya dan wan amjad ke senawang... Singgah sekejap

di SALAM utk ambil kunci rumah...( Amjad ditinggalkan tido oleh makpaknyer di rumah sorang2)

Merasa la saya masuk ke labour room untuk ambil kunci kat adik saya...
Nasib baik private hosp. selamba jer leh masuk... hehehe...
Ummi amjad still tak bersalin lagi waktu nie... menahan sakit saya tgk..

then , gerak ke rumah Amjad... dalam pukul 2.30 am, dengar amjad nangis.. rupanya terkejut bila dengar wan dia jawab call daddy nya...

" Adik nya dah lahir"


dan sekarang...
mata saya kecil jer ngadap PC nie...
apa nak buat, walau kerajaan bagi public holiday tetapi company tak ambil PH nie...
berkerja la kita hendaknya...

p/s: tak sabar nak tunggu kul 5pm... nak gi tgk baby

Ylenol

Gnissim u, tub yhw tusm eb ekil siht????


Thursday, May 5, 2011

Panduan sesama insan 01

"Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya."


Petikan kata2 hikmah dari SYAIDINA ALI ABU TALIB KW di atas cukup bermakna untuk di jadikan pedoman hidup

hendaknya dlm kehidupan ini, hindari diri kita dari berprasangka buruk sesama kita kan...
agar warna2 indah kehidupan itu dapat kita nikmati dgn penuh kesucian dan keharuman...

Ya Allah, peliharalah dan hindarilah hatiku dari perasaan hasad dengki dan syak wasangka

AMIN

Monday, May 2, 2011

Aktiviti sihat dan sedap di hari cuti

Hari ini ada aura rajin untuk masak di dapur...

Menunya adalah Sotong Sumbat Bakar....

Untuk bahan sumbat nya saya gunakan Ubi kentang sahaja...

Resepi pun di cari di internet (sila click sini untuk resepi)


Di Bungkus dan di bakar selama 45minit dan hasilnya...



Sedap.....

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja

Cuti pada hari ini di penuhi dengan aktiviti makan2 lauk kenduri..

pukul 11 berada di Tan jung Ipoh, Kuala Pilah untuk kenduri bertunang mak cik saudara...

Di sini saya makan nasi, kurma daging, kari ayam, gulai nangka dan rendang betik... (semua dalam portion yg kecik yer)

majlis belum berlangsung, saya sekeluarga bergerak ke Kepong pula untuk majlis perkahwinan adik kepada makcik saya pulak....

sebelum sampai ke Kepong, transit di Putrajaya kerana menghantar adik balik ke asrama.. mamat tu ada lawan hoki petang nyer...

So, sampai Kepong hampir pukul 2 ptg... makan lagi( nasi putih, masak asam daging, ayam grg rempah, gulai nenas campur ikan masin,ulam2 dan sambal tempoyak)...

Banyak betul makan hari nie....

Balik dari Kepong singgah Kg Labu , jumpa wan...

then baru la gerak balik seremban.....

begitu lah cuti hari ini di habiskan....