Kejadian ini berlaku pada 21 November 2010,
Seawal jam 7.30 pagi saya sudah berada di PWTC untuk upacara konvokesyen setelah 4 tahun menimba ilmu...
Seawal pengajian saya berada di OUM shah alam, setelah berpindah kerja ke Seremban saya bertukar tempat ke OUM Bangi dan akhir sekali kerana tiada kelas di OUM bangi maka saya berpindah ke OUM Seremban.. Begitu mudah OUM kan... ada di mana sahaja..
Syukur alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga segulung ijazah.. harapan selepas ini agar dapat kerja yang lagi bagus dari sekarang...
Layan jer gambarnya yang sempat di ambil pada hari kejadian.
Hanya ini sahaja kawan yang saya kenali iaitu kawan2 dari OUM Bangi.Berbaris sedia sebelum masuk dewan. Kalau tengok betul2, saya pakai jubah senget... hahaha.... maklum la, excited sgt..
Jam 8 pagi, ibu dan ayah datang menyeri majlis.
( Jubah still senget)Gambar yang berjaya di ambil oleh ayah saya yang berada di dalam dewan, pandai ibu ayah cari port yer...
Jubah telah pun dibetulkan sebelum masuk kedewan, nasib baik....
Acara berlangsung selama hampir 4 jam.. Dan akhirnya gambar ceria selepas mendapat segulung ijazah .