CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sponsor add by:-

Sunday, February 3, 2013

Gunung Besar Hantu , Jelebu

XPDC kali ini bersama dengan Geng PLUS pada 26 & 27hb Januari 2013 yang lalu...
Pengalaman baru merasa jalan 4WD walaupun hanya menggunakan KEMBARA...

Dari Pekan Jelebu ke Hutan Lipur Lata Kijang menaiki Kembara dengan mengikuti jalan kampung yang cukup mencabar trek nya... 

Bermalam di Lata Kijang
Pada keesokan harinya bermula pendakian pada se-awal jam 7 pagi ke puncak Gunung Besar Hantu.
Jam 12.00tghari kami berjaya menawan puncak gunung.
Berehat sebentar dengan seisi photo dan juga menyegarkan badan dengan air 100plus dan coklat coki-coki, tanpa lengah kami mulakan perjalanan turun ke kaki air terjun Lata Kijang pada jam 12.30tghari dan tiba di air terjun pada jam 4.30 ptg. 
Kami bergerak keluar dari kawasan Hutan Lipur Lata Kijang pada jam 5.30 ptg dan selamat sampai di pekan Jelebu utk makan dan minum pada jam 7 ptg..

Pendakian yang tidak santai kerana mengejar masa tetapi cukup bagus untuk latihan.
Dapat mandi lumpur sekali bila mana Kembara yang kami naiki tersangkut di lopak dalam tanah merah.


Alhamdulillah, syukur selamat pergi dan selamat pulang ....